Blogger Template by Blogcrowds


Kisah ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi atas dasar perkongsian dan menjawab beberapa persoalan yang tidak sedap didengar iaitu “Dah ada master, kenapa tak pergi tempat lain yang lebih baik.” Ada juga yang bertanya “Ust. dah habis master ke belum?” Jadi, hendak menjawab pertanyaan yang semacam ini, memerlukan huraian yang agak panjang. Maka saya berharap tulisan ini sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan berkenaan.

Dengan berlalunya bulan Oktober 2008,maka berlalulah juga peluang untuk saya berlepas ke UK bagi menyambung pelajaran di Durham University. Detik-detik sebelum bulan Oktober dilalui dengan penuh debaran dan cabaran kerana usaha mencari sponsor @ ‘scholarship’ bagi tujuan ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Apa yang berlaku adalah sukar untuk diduga. Saya dan 2 orang lagi rakan telah bersama-sama berpakat untuk meneruskan cita-cita dan impian ini.

Bermula dari Ekspo Pendidikan di KL Sentral pada awal tahun hinggalah kepada pencarian supervisor untuk menyelia kajian di merata universiti sekitar UK mahupun di Australia, semuanya ini giat dijalankan. Detik-detik ini dilalui satu persatu kerana saya dan rakan saya bukanlah daripada kakitangan akademik universiti. Lain pula halnya dengan pensyarah-pensyarah universiti. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk befikir tentang ‘sponsorship’ kerana universti akan membiayai mereka.

Supervisor
Saya telah bertemu dengan ‘resource person’ saya di UIA, berkenaan dengan supervisor yang bakal menyelia kajian saya. Dia telah menamakan seseorang iaitu Dr. Mehmet Asutay dari Durham University.

Mulanya, respond daripada Dr. ini agak lambat. Tidak tahu kenapa , tapi selang 2 minggu selepas itu saya menerima jawapannya yang menyatakan dia mahukan proposal lengkap untuk beliau menelitinya.

Amat teruja sekali apabila mendapat respond yang sebegitu. Maklumlah tidak pernah berkomunikasi dengan ‘foreigner’,apatah lagi dengan hanya menggunakan e-mail sahaja.

Tidak sampai sehari, saya telah ‘attach’kan proposal saya kepada beliau.

Kira-kira sebulan ke sebulan setengah barulah dia membalas balik ‘e mail’ saya. Beliau telah memberikan sedikit komen untuk saya perbaiki dan saya telah bersetuju dengan komen itu iaitu kajian yang ingin saya lakukan perlu tambahan dengan kajian ekonometrik.

Setelah berlaku persetujuan itu, dia memaklumkan agar saya ‘forward’kan persetujuan itu kepada pihak fakulti kerana persetujuan supervisor adalah perkara pertama untuk dilihat sebelum diterima masuk ke university. Lalu, bermulalah proses dokementasi untuk kemasukan ke university.

Pada masa yang sama saya juga mencuba untuk memohon beberapa scholarship di university tempatan. University yang saya cuba ialah UPSI kerana factor jarak daripada rumah saya.

Dari sudut pandang saya, UPSI adalah sesuai kerana scholarship atau pun ianya dipanggil dengan ‘Fellowship Programme’ menggunakan kaedah ‘pergi kemudian mengajar’.

Tetapi setelah berbulan-bulan menunggu, harapan hampa kerana alasan mereka penghantaran ke UK terpaksa dihadkan kerana masalah budget dan penghantaran itu akan dilayan jika mendapat tempat di Oxford atau Cambridge University. Yang lain-lain mereka ‘prefer’ untuk menghantar ke Australia.

Aduh! Sebak bila mendapat jawapan itu. Mana tidaknya, bukanlah proses yang mudah untuk mendapatkan tempat ke mana-mana university di UK, apatah lagi untuk mendapatkan supervisor yang layak dan sesuai dengan tajuk yang hendak dikaji.

Dengar cerita daripada rakan-rakan yang lain, UPSI juga mengalami masalah untuk menerima pensyarah ekonomi dan business kerana tidak ramai pelajar yang memohon. Ini kerana skopnya adalah terlalu kecil iaitu pendidikan.

Dalam hati berkata,” tak apa, mungkin bukan rezeki aku kat sini, mungkin di tempat lain.”

Masa untuk ‘mencari’ sponsor juga banyak, lebih kurang 3 bulan lagi. Jadi, ‘teruskan pencarian’.


Khazanah Nasional
Al kisahnya, dapatlah panggilan untuk menghadiri interview Khazanah Nasional selama 2 hari. Jadi, saya terpaksa memberitahu Cikgu Alia tentang perkara ini. Jika tidak mungkin ‘dapat bala’.

Pergilah saya dengan persiapan yang agak mantap. Tetapi sesampai sahaja di Mandarin Hotel di KLCC, perasaan berdebar kian meningkat. Mungkin disebabkan terlalu eksklusif atau calon-calon yang bukan sembarangan. Ramai calon-calon yang mendapat ‘offer’ daripada university yang hebar-hebat tak terkecuali Oxford dan Cambridge.

Hari pertama kami diberikan ‘assessment’ untuk diselesaikan dan saya mengkategorikan diri saya hanya pada tahap sederhana. Sikap proaktif semasa perbincangan amat-amat tinggi dan saya dikalangan yang pertengahan. “Fuhh!” Keluhan saya selepas habis hari pertama.

Hari kedua pula adalah hari temuduga yang sebenar. Lebih kurang dalam 35-45 minit temuduga itu dijalankan. Hasil dalam temuduga itu saya dapat ringkaskan bahawa tajuk yang hendak saya kaji ini adalah kurang sesuai dengan Khazanah Nasional. Apa-apa pun, ‘tawakkaltu ‘alallah’.

Keputusan

Selang 2 minggu selepas itu, saya mendapat surat daripada Khazanah Nasional menyatakan bahawa saya gagal untuk mendapat scholarship daripada Khazanah Nasional.

Allahu Akbar! Tidak ada apa yang perlu diperkatakan kerana Allah yang lebih mengetahui. Banyak perkara yang saya muhasabahkan terutamanya berkaitan ketentuan Allah kepada insan yang lemah seperti saya ini. Siapalah saya untuk menentukan masa hadapan saya, saya hanya merancang Allah jua yang menentukan.

Keduanya, mungkin ‘ketidaksesuaian’ saya dengan Khazanah Nasional adalah salah satunya menyebabkan saya redha dengan keputusan ini. Terutama dari segi tajuk kajian. Ianya hanya sesuai utuk kajian di peringkat university sahaja.


UK oh UK
‘UK itu adalah impian, tidak semua impain itu akan tercapai. Itulah fitrah’.

Bila terkenangkan UK ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Muadz Shahrom yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang perubatan. Selamat berjuang wahai anak muridku.

Begitu juga dengan Abd. Rahman Dashuki yang ‘terbang’ ke bumi Mesir pada bidang yang sama seperti kakaknya Nurul Iman Dashuki iaitu perubatan.’Teruskan perjuangan’.

Rezeki Allah menentukan segala-galanya. Yang penting kita kena berusaha dan yang pasti pengalaman di negara orang amat ‘berharga’ berbanding di negara sendiri.

Warna-warna kehidupan

Ringkasannya di sini, sebagai menjelaskan keadaan sebenar, saya tidak memmohon KPLI apatah lagi J-QAF, saya sememangnya pemegang Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya (Master of Economics) dan saya mengakui yang saya berhasrat untuk menceburkan diri ke bidang kajian ilmiah (akademik) tetapi saya masih berada di Al Amin.

Bukan saya yang menentukan keberhasilan usaha saya hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.

Maksud firman Allah “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al Insyirah:5 & 6)

Dan dalam satu riwayat al Tarmizi dan al Hakim, Nabi Muhammad telah bersabda “Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya daripada dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya darpada terkena air (jika sakit itu berbahaya sekiranya terkena air).”

Sesunguhnya ini adalah pengalaman kesabaran yang amat berharga kerana ianya melibatkan emosi yang tidak mudah diucapkan dengan kata-kata.

Sabar, sabar dan sabar, teruskan usaha dan bertawakkallah. Itu sahaja yang dapat diucapkan.

Sebagai penambahan, saya juga menerima beberapa panggilan temuduga dan ‘offer’ yang terpaksa saya abaikan kerana factor-faktor tertentu terutama sekali factor jarak.

Oleh kerana itu, perjuangan di Al Amin masih tetap diteruskan. Allahu’alam.

Kisah ini, bukanlah kisah terbaik untuk dihayati. Jadikan ianya sebagai perkongsian kehidupan, kerana tidak semua orang mengalami ujian yang sama. Ada orang mudah untuk ‘ke mana-mana’, manakala yang lain berbeza.

‘Mudah’ terkadang bukan bererti rezeki semata-mata, kadangkala ia mengundang ‘bala’, dan‘sukar’ itu mungkin juga adalah ‘mutiara’ yang tidak ternilai harganya. ‘Sedikit tidak sempit, banyak tidak berlebih.’ Walaupun gaji yang sedia ada ini ‘sekadar’ sahaja namun ianya tidaklah sampai me’nazak’kan kehidupan.

Tidak semua yang kita cita-citakan akan sekelip mata kita gapai. Terkadang memakan masa dan rezeki itu hanya Allah yang maha mengetahui. Peranan kita ialah 'usaha dan berdoa'.Allahu’alam.

Newer Posts Older Posts Home