Blogger Template by Blogcrowds

"Kemuncak dogol"


Terkilan, kecewa, bimbang dan segala rasa yang sukar diungkapkan apabila isu masyarakat Malaysia khasnya kepimpinan negara semakin bercelaru. Puas difikir-fikir apakah penyelesaiannya. "Kita tunggu dan lihat." ringkas sahabatku. Benar, tidak ada apa yang boleh kita lakukan umpama 'ikan bilis di lautan', berharapkepada nasib, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam."

Saya suka menggunakan istilah yng digunakan oleh Ust. Hasrizal iaitu 'kemuncak dogol'. Dogol bermaksud bodoh, tolol, bebal (Kamus Dewan, edisi keempat)Istilah ini digunakan khas kepada seorang yang asing kepada rakyat Malaysia tetapi bakal dianugerahkan dengan gelaran anugerah 'Datuk'. Secara spontan saya membisik , sah! ini mesti tak ada kerja lain, tengok filem hindustan memanjang. Duduk kat rumah bukan fikir masalah rakyat tapi 'memuaskan perut yang sudah sarat'.



Alasan

Antara alasan yang diberikan ialah SRK ini memberikan sumbangan kepada industri pelancongan negara.

Aduh! rupa-rupanya sektor pelancongan negara kita selama ini bergantung kepada SRK. Besar betul jasa dia.

Wahai pemimpinku! kalau hanya disebabkan filem mereka ada menggunakan lokasi Malaysia sebagai latar belakang 'gelek-gelek' hindustan, adakah sudah cukup signifikan untuk memberikan gelaran 'datuk' ini.

Sungguh tidak ku sangka, sungguh cetek pemikiran pemimpin kita. Padahal ramai lagi seniman dan seniwati yang layak mendapat gelaran berkenaan. Mereka berlakon bertungkus lumus degan penuh emosi berjaya memberikan impak benci, sedih dan simpati kepada masyarakat. Ini tidak diendahkan.

Mungkin,inilah masa dan kesempatan nak berjumpa dengan idola yang selama ini hanya ditatap di depan tv.(ingin saya gunakan makian orang utara: "Tok Hang")

Masalah Sosial

Sebenarnya SRK ini adalah seorang yang berketurunan muslim. Tapi cuba lihat lakonan beliau,ke gereja boleh, ke kuil boleh, ke masjid saya tak pernah nampak lagi. Isteri dia pun adalah hindu. Nah! apa yang hendak dibanggakan sangat. Setakat lakonan yang baik yang hanya berpandu kepada alih bahasa dibawah sudah cukup untuk diberikan gelaran berkenaan.

Dengar ceritanya majlis ini juga terpaksa dibuat mengikut masa kelapangan beliau untuk datang.Kalau benar ini lagi mengarut.

Cerita yang dibawa juga tidak membawa kepada pembangunan rohani dan jasmani. Hanya pembangunan emosi cinta,cinta,cinta. Itupun cinta manusia yang fana. Kekadang pengajaran yang cuba diberikan juga bersalahan dengan syariat. Contahnya: Mohabbatain, kerana kekasih sanggup lekukan apa sahaja, agama dan restu ibubapa diketepikan sama sekali. Inilah bahana pengajaran yang cuba dibawakan. Sebab itu gejala sosial semakin menular dek kerana 'bollywood' ini.

Kesimpulan

Makruf dan mungkar kena 'clear'. Jangan kerana pemimpin yang buat, kita tidak boleh menegur. Taat kepada Allah, Rasul dan Ulilamr adalah benar. Tetapi Ulilamr yang jelas bercanggah dengan kehendak Islam harus disanggah kerana akibatnya adalah kepada rakyat dan masa depan ummah akan gelap dek kerana pemimpin yang sebegini rupa. 'Tepuk dada tanya iman'.

Usia yang diberikan oleh Allah itu, gunakanlah untuk beribadah buat bekalan di akhirat kelak. Bukan digunakan ikut selera'anak tekak', 'mengumpul dosa yang tidak larat nak dibawak'

0 comments:

Newer Post Older Post Home