Blogger Template by Blogcrowds

tom tom bak vs ultraman





Pendedahan anak-anak @ kanak-kanak kepad dunia hiburan di television adalah amat luas dan kadang kala terbit rasa bimbang berikutan perkembangan mereka yang banyak dipengaruhi oleh media elektronik ini.

Sengaja menimbulkan isu ini, satu dari alam dnia nyata atau realiti dan satu lagi dunia fantasi. Apakah kesan terhadap perkembangan kanak-kanak.

Terfikir juga mengapa tidak digalakkan para penerbit animasi untuk mengisi ruang-ruang kosong bagi memenuhi dunai kanak-kanak ini. Lantas isu ini dilontarkan agar kita sedikit rasa tersedar akan apa yang berlaku di dunia anak-anak kita atau kanak-kanak ini.

Pro dan kontra

Ada perbincangan yang membabitkan pakar-pakar motivasi akan rancangan ultraman dan tom-tom bak ini.

Ultraman
i. Rancangan animasi yang membabitkan dunia khayalan
ii. Kanak-kanak akan cuba meniru keberanian sang ultraman ini sehingga ke aksi 'fire-memfire'
iii.Moral yang baik ditunjukkan kerana menyelamatkan dunia khasnya Jepun daripada serangan raksasa.

Tom tom bak
i. Keyakinan kanak-kanak untuk berhadapan dengan penonton amat dikagumi
ii.Meniru gaya atau aksi artis-artis tempatan mahupun luar sehingga mencuit hati yang memendang
iii.Hiburan dunia terkini dengan keletah host yang menarik berjaya menterjemahkan aksi spontan si kanak-kanak itu tadi.

Kesimpulan

Ada beberapa kesimpulan yang boleh diberikan (hasil perbincangan beberpa ahli motivasi):
i.Keburukan hiburan dunia realiti lebih bahaya berbanding dunia khayalan kerana aksi-aksi hiburan realiti memberi impak yang mendalam kepada kanak-kanak berkenaan.

ii. Walaupun ultraman juga dalam kategori bahaya tetapi kebanyakan kanak-kanak ini akan akan hilang minatnya secara semulajadi apabila mereka semakin membesar.

iii.Hiburan dalam rancangan tom tom bak hanyalah menarik minat si kanak-kanak itu tadi bercita-cita untuk menjadi penyanyi,pelakon dan sewaktu dengannya.

iv. Ultraman pula menggalakkan sifat-sifat baik seperti menolong orang, menyelamatkan orang dan berani untuk menentang kejahatan.

Kesimpulan di atas hanya tertumpu kepada dua rancangan hiburan ini dan ianya masih boleh diperpanjangkan lagi. Tetapi sekali lagi, kita dijadikan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini bukan untuk berlibur semata-mata.Justeru, kita perlu bertindak wajar dalam menangani masalah ini.

2 comments:

btol3,., adek ana (kembar) fahmi & fahri),., dah sampai tahap ketagih dah dengan cerita ultraman nie,.,

lepas tuh,., yang jadik mangsa belasahan(raksasa) untuk die berangan,., x laen x bukan,.,abang die nie,., hahaha

~SALAM YA UST AZHAN~

October 22, 2008 at 6:00 AM  

ustaz,ana minat dragonball,knape ustaz x letal dragonball instead of otomen.hahha

February 10, 2009 at 12:29 AM  

Newer Post Older Post Home